Monday, October 6, 2014

Pompeii

Lokasi: Pompeii, Italy
Waktu: May 2013

Mayat penduduk Pompeii yang dijadikan tatapan umum
Pada bulan May 2013, penulis berpeluang untuk melawat Pompeii, sebuah kota purba Roman yang terletak di Naples, Italy. Pompeii merupakan bandar yang telah dimusnahkan dan tertimbus sedalam 4 hingga 6 meter oleh abu hasil dari letusan gunung berapi Vesuvius sekitar 79AD. Suatu perkara yang menarik tentang Pompeii ini adalah terdapat banyak kesan- kesan tinggalan mayat yang masih elok rupa bentuknya. Menurut catatan para pengkaji sejarah purba, Pompeii yang terletak diatas lava telah dibina oleh Osci pada abad ke 8 sebelum masihi. Sewaktu bandar ini musnah, iaitu 160 tahun kemudian, populasinya telah mencapai 11,000 orang. Lapisan tebal abu telah melindungi bandar yang musnah ini dan akhirnya nama serta lokasi bandar ini telah dilupakan. Namun, pada tahun 1599, ia telah ditemui semula ketika penggalian saluran bawah tanah dilakukan untuk mengalihkan sungai Sarno. Beberapa lukisan dan tulisan pada dinding purba telah ditemui ketika itu, antaranya tulisan "Ahli majlis bandar Pompeii".

Lokasi
Pompeii terletak di selatan Rome di Italy. Untuk ke sana, penulis telah menaiki keretapi laju dari Rome ke Naples dan seterusnya keretapi biasa dari Naples Sentral ke Pompeii. Perjalanan menaiki keretapi laju dari Rome ke Naples mengambil masa 1 jam 10minit dan masa perjalanan dari Naples Sentral ke Pompeii adalah kurang daripada 30 minit.

Lokasi Pompeii yang terletak di Italy

Keretapi yang menghubungkan Naples Sentral dan Pompeii

Kota Pompeii ini sememangnya besar, dan memerlukan 1 hari penuh untuk habis diterokai. Sungguhpun ia agak memenatkan, tetapi pengalaman yang didapati hasil daripada lawatan ini amatlah berbaloi. Lihat sahaja kepada bilangan bangunan-bangunan bersejarah yang ada di peta bawah ni. Sebilangan daripada bangunan-bangunan ini adalah terdiri daripada kuil-kuil yang digunakan untuk menyembah dewa-dewa seperti Temple of Venus, Temple of Apollo dan Temple of Jupiter. 


Peta Pompeii yang digunakan oleh penulis. Dihujung kanan peta terdapat Amfiteater yang besar

Teknologi zaman dahulu
Bandar ini juga telah dilengkapi dengan gimnasium, amfiteater yang besar, dan sistem pengairan yang kompleks. Ketika berada di tapak kota purba ini, penulis sempat melihat sendiri binaan kaum terdahulu dan ternyata kaum ini telah pun mempunyai teknologi yang tinggi pada ketika itu. Penyembahan dewa-dewa juga berlaku dan ini terbukti dengan wujudnya kuil-kuil seperti the temple of Isis yang telah dibina semula dalam keadaan yang separa lengkap.

Amfiteater
Sekitar Pompeii
Grand Theater

Keruntuhan akhlak
Berdasarkan pemerhatian penulis, kaum pompeii ini mengalami keruntuhan akhlak yang serius dimana aktiviti-aktiviti seks bebas dan songsang berlaku dengan berleluasa. Terdapat beberapa lukisan yang jelas kelihatan di dinding-dinding tinggalan rumah pelacuran di kota ini.

Raut wajah
Disebalik runtuhan bangunan-bangunan, terdapat beberapa mayat penduduk pompeii kelihatan. Sebilangan telah dipindahkan ke muzium Pompeii di Naples, manakala ada yang selebihnya terletak di sekitar kota ini untuk dijadikan tatapan umum. Mayat-mayat ini sentiasa menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung ke situ. Raut wajah mayat-mayat ini jelas menunjukkan kesengsaraan yang tak terhingga dan tak terperi. 


Raut wajah salah satu daripada beberapa mayat penduduk Pompeii






No comments:

Post a Comment